BESUT: Lapan beradik kerugian hampir RM1 juta apabila perniagaan koperasi milik keluarga terjejas akibat banjir di daerah ini, baru-baru ini. Mohd. Azizi Mustafa, 54, berkata, dalam kejadian pada 19 Disember lalu, Koperasi Keluarga Haji Mustafa Sulong Besut Berhad (Kohafas) dan dua premis perniagaan miliknya dinaiki air menyebabkan hampir 95 peratus barangan jualan rosak. Beliau yang memiliki sebuah kedai percetakan di Jerteh berkata, dia sendiri tidak menyangka premis yang terletak di kawasan tinggi turut ditenggelami air dalam banjir tersebut. Menurutnya, antara peralatan yang rosak ialah 150 unit mesin fotostat, alat ganti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya