Kontraktor didakwa tipu urusan beli dan pasang penyaman udara, pintu - Utusan Malaysia

Kontraktor didakwa tipu urusan beli dan pasang penyaman udara, pintu

WAN Mohd. Asyraf Wan Mohd Rahi dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari bagi didakwa atas tiga pertuduhan menipu membabitkan pembelian dan pemasangan penyaman udara serta pintu keselamatan.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tiga pertuduhan menipu mangsa melibatkan kerugian RM3,500 dengan menawarkan pembelian dan pemasangan penyaman udara serta pintu keselamatan pada bulan Disember tahun lalu. 

Tertuduh, Wan Mohd. Asyraf Wan Mohd Rahi, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-ketiga pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh dan Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didapati telah menipu seorang lelaki dan wanita dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh akan menguruskan pembelian dan pemasangan penyaman udara serta pintu keselamatansehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM700, RM1,800 dan RM1,000.

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Tiara Sendayan dan Bandar Baru Enstek, Nilai pada 5 hingga 27 Disember 2022.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kesemua pertuduhan. Kes akan disebut semula pada 1 Mac 2023.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya