PETALING JAYA: Pengusaha kantin bimbang pendapatan pada tahun ini berkurangan ekoran dakwaan terlalu banyak cuti dalam takwim sekolah. Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairudin Hamzah mendakwa, mereka hanya dapat beroperasi dalam tempoh yang singkat untuk enam bulan pertama kerana terlalu banyak cuti diberikan Kementerian Pendidikan. Menurutnya, ia membebankan pengusaha yang perlu membayar gaji seorang pekerja RM1,500 sebulan memandangkan upah harian tidak mendapat sambutan. “Kami menghadapi masalah cuti terlalu…










