‘Cukuplah sembilan tahun saya jadi isteri Syamsul’

‘Cukuplah sembilan tahun saya jadi isteri Syamsul’

Puteri Sarah ditemani adiknya semasa memfailkan tuntutan cerai terhadap Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bukan sedih tetapi lega. Cukuplah sembilan tahun saya bergelar isteri kepada Syamsul dan nampaknya tiada rezeki lagi untuk dipertahankan.”

Tiada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan perasaan penuh kelegaan buat pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, selepas memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Ibu dua anak itu malah bersyukur dengan segala ketetapan Allah SWT selepas hampir lima tahun bergelut mempertahan rumah tangga yang dibina sejak sembilan tahun lalu.

Bagaikan satu kebetulan, u­lang tahun perkahwinan pasangan berkenaan pada 8 Mac ini bakal menjadi noktah kepada rumah tangga mereka.

Menurutnya, mahkamah menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes pertama selepas pro­ses permohonan perceraian itu.

“Bukan sedih tetapi lega. Cukuplah sembilan tahun saya bergelar isteri kepada Syamsul dan nampak­nya tiada rezeki lagi untuk dipertahankan.

“Tarikh 7 Mac itu sangat signifikan sebab 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami. Tarikh ini pun mahkamah yang tentukan,” katanya selepas ditemui di pekarangan kompleks mahkamah di sini, semalam.

Mengulas kesediaan untuk berdepan proses yang panjang di mahkamah, pelakon drama Suri Hati itu berharap agar segala kemelut rumah tangganya dengan Syamsul dapat berakhir segera.

“Saya tak kisah kes ini berpanjangan kerana yang penting saya lega selepas failkan perceraian ini. Saya pun nak fokus ibadah sebab akan tunaikan umrah pada 26 Januari ini.

“Saya mahu jalani ibadah umrah dengan tenang dan tak mahu fikir masalah. Alhamdulillah, semuanya sudah terjawab dan mahu mulakan hidup baharu dengan anak-anak selepas pulang dari Tanah Suci,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pute­ri Sarah mendedahkan suaminya sudah nyahsekat nombornya dalam aplikasi WhatsApp selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memuat naik video kedua dalam Instagram, 10 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, sebarang perjumpaan antara kedua-dua pihak selepas ini perlu melibatkan kehadiran peguam.

“Dia sudah unblock (nyahsekat) selepas muat naik video kedua dan dia ada ajak berbincang tetapi saya nak selesaikan semua hari ini.

“Kami tidak bertemu lagi setakat ini sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran. Dia ada hubungi semalam tetapi isi kandungannya saya tidak boleh kongsi kepada umum,” katanya.

Semalam, Puteri Sarah yang berpakaian serba hitam hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh dua adiknya dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi memfailkan perceraian terhadap Syamsul.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak sulung Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya