Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat 352 orang di Rompin - Utusan Malaysia

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat 352 orang di Rompin

BEBERAPA rumah masih digenangi air apabila penduduk yang terjejas masih ditempatkan di PPS balai raya Kampung Setajam di Rompin, Pahang. - FOTO /IHSAN APM ROMPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Rompin, dekat sini meningkat kepada 352 orang membabitkan 105 keluarga yang ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga pukul 4 petang ini.

Angka itu meningkat berbanding 327 orang mangsa daripada 99 keluarga di tiga buah PPS yang dilaporkan pada pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu, 165 mangsa membabitkan 53 keluarga ditempatkan di PPS balai raya Kampung Setajam, PPS Bukit Lepas 40 mangsa (11 keluarga), PPS balai raya Kampung Rekoh 122 mangsa (35 buah keluarga).

“Pada pukul 4 petang ini, ada pertambahan 25 orang lagi mangsa daripada enam buah keluarga mula ditempatkan di PPS balai raya Kampung Rekoh berikutan kediaman penduduk berkenaan mula terjejas dengan banjir.

“Kesemua mangsa kini dipantau kebajikan mereka oleh anggota APM Rompin dengan kerjasama pihak berkuasa beruniform, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, menurut Che Adam, anak Sungai Pahang di Rompin, iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong merekodkan bacaan paras bahaya, iaitu 24.60 meter dalam keadaan tren menaik, manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera paras waspada, iaitu setinggi 30.70 meter sehingga pukul 4 petang ini.

“Kejadian hujan lebat dan ribut petir dilaporkan masih berlaku sebelah petang hari ini hingga ke pagi dan malam esok di kebanyakan tempat di 11 buah daerah negeri ini,” katanya.

Ujarnya, orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Pahang dan anak sungai perlu berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghubungi pejabat APM di daerah serta pihak berkuasa beruniform lain untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya