Aktiviti di hutan simpan kekal Johor dibenarkan semula - Utusan Malaysia

Aktiviti di hutan simpan kekal Johor dibenarkan semula

Salim Aman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua taman eko rimba, hutan taman negeri, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda di dalam hutan simpan kekal di negeri ini dibuka semula kepada awam mulai Ahad ini.

Walau bagaimanapun, Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Salim Aman mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan sekiranya terdapat perubahan cuaca atau keadaan persekitaran.

“Bagi trek pendakian dan laluan sukan lasak serta aktiviti di dalam hutan simpan kekal, perlu membuat permohonan permit memasuki hutan simpan di pejabat hñ1utan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, taman eko rimba yang terlibat ialah Yaman Eko Rimba Sungai Bantang dan Taka Merloh di Labis; Gunung Pulai 1 dan Gunung Pulai 2 di Kulai; Gunung Belumut di Kluang; Soga Perdana di Batu Pahat; Panti di Kota Tinggi dan Gunung Arong di Mersing.

“Trek pendakian pula ialah Gunung Arong dan Gunung Janing di Mersing; Gunung Chemendong, Gunung Gua Rimau dan Gunung Belumut di Kluang; Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti Timur, Gunung Panti Barat, Batu Tenggek dan Pelepah Kiri@Bukit Sisek di Kota Tinggi.

“Selain itu, Gunung Banang, Gunung Moakil, Bukit Bindu, Bukit Inas, Bukit Botak, Bukit Payung dan Bukit Berdiri di Batu Pahat; Gunung Bekok di Segamat dan Gunung Pulai di Kulai juga merupakan trek pendakian yang dibuka semula kepada orang awam mulai Ahad ini,” jelasnya.

Pada 17 Disember tahun lalu, pihaknya mengeluarkan arahan penutupan sementara lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh.

Negara sebelum ini dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Gohtong Jaya, Selangor yang melibatkan seramai 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya