455 sekolah daif Sarawak, 113 diroboh untuk dibina semula

455 sekolah daif Sarawak, 113 diroboh untuk dibina semula

FADHLINA Sidek menyantuni murid SK Lepong Ajai, Miri ketika melakukan lawatan kerja rasminya di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Sebanyak 455 buah sekolah di Sarawak  dikategorikan sebagai sekolah daif manakala 113 buah lagi akan diroboh untuk dibina semula.

Justeru menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pihaknya akan mengkaji semula peruntukan tambahan sekolah daif di negeri itu untuk dibentangkan dalam pembentangan bajet 2023, bulan depan.

“Ya perkara ini akan dikaji semula, kerana kita melihat ia perlu diselenggarakan bangunan-bangunan dan sekolah daif ini terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun kita akan melihat kepada projek sekolah daif yang perlu diselenggara dan ditambah baik kerana itu keutamaan kita,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke SK Sayed Othman di sini lewat petang semalam.

Untuk rekod, dalam pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, kemenrerian berkenaan diperuntukkan sebanyak RM55.6 bilion.

Sementara itu, Fadhlina turut menegaskan bahawa kementeriannya komited meningkatkan profesionalisme guru dengan memberi latihan secukupnya.

Jelasnya, salah satu aspirasi kementeriqn adalah Dasar Pendidikan Digital, justeru latihan guru perlu diberi penekanan termasuk bagi mereka yang mengajar di luar bandar.

“Komitmen kementerian adalah untuk memastikan pendidikan digital perlu diberi penekanan, pada masa yang sama memberi tumpuan kepada peningkatan profesionalisme guru bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta integriti guru,” tambahnya.

Antara yang mengiringi lawatan kerja pertamanya ke Sarawak ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak Dr Annuar Rapa’ee; Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau; Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man; Ketua Pengarah KPM Dato Pkharuddin Ghazali; dan Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad.. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya