10 peniaga setuju pindah ke gerai baharu - Utusan Malaysia

10 peniaga setuju pindah ke gerai baharu

KERJA-kerja meroboh serta membersihkan gerai di tepi jalan Sungai Layang, Rembau dijalankan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan persimpangan jalan dan lampu isyarat.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Setelah hampir setahun, akhirnya 10 orang peniaga gerai tepi jalan di Sungai Layang di sini bersetuju untuk berpindah ke gerai baharu yang disediakan oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR) yang juga Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, sembilan peniaga sudah pun berpindah ke gerai baharu tersebut selain pihaknya turut membantu seorang lagi peniaga untuk memindahkan barangan perniagaan pagi tadi.

Jelasnya, ia sebelum kerja-kerja merobohkan gerai-gerai lama dan pembersihan dilakukan bagi memberi laluan kepada pembangunan persimpangan jalan lampu isyarat Taman Seraya Rembau.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh peniaga bersetuju untuk bepindah ke gerai baharu yang terletak berhampiran lokasi sama manakala tiga lagi peniaga berniaga di lokasi gerai MDR yang lain.

“Tindakan meroboh serta membersihkan gerai lama ini harus diambil memandangkan projek pembangunan terbaharu di daerah ini iaitu Taman Seraya Rembau akan disediakan kemudahan persimpangan jalan dan lampu isyarat.

“Persimpangan ini akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada lima lorong dan secara tidak langsung melibatkan gerai-gerai sedia ada di tepi jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohamad Najib, semua peniaga telah memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lancar.

 “Pihak kami juga maklum, golongan penjaja serta peniaga di tepi jalan merupakan satu tarikan utama di daerah Rembau.

 “Ramai orang luar yang datang membeli produk-produk daerah dan saya harap agar peniaga dapat mengekalkan momentum berniaga ini dan seterusnya lokasi gerai baharu akan ditambah baik untuk menjadi tumpuan penduduk serta masyarakat luar,” katanya.

Utusan Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu melaporkan kekecewaan peniaga serta bantahan penduduk apabila gerai yang disediakan oleh PBT itu didakwa mereka tidak sesuai sebagai tempat jualan produk mereka.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya