Warga emas didakwa amang seksual, rancang rakam video porno

Warga emas didakwa amang seksual, rancang rakam video porno kanak-kanak 8 tahun

Goh Heng Hong, 67, dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan amang seksual dan cubaan merakam pornografi kanak-kanak lapan tahun hari ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak ke atas kanak-kanak perempuan di dalam van sekolah, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Goh Heng Hong, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, kelindan van sekolah itu dituduh menggunakan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun dalam persediaan untuk menghasilkan suatu pornografi kanak-kanak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mac sehingga Julai 2019 di dalam daerah ini.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Heng Hong boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat tidak kurang daripada lima sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, warga emas itu didapati telah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak yang sama dengan menyentuh peha dan dada mangsa itu bagi maksud seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mei sehingga Jun 2019 di dalam daerah ini.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah SEKSYEN (14a) akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh di hukum di bawah akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan warga emas itu diikat jamin memandangkan tertuduh masih bekerja sebagai kelindan van sekolah itu dikhuatiri bertemu serta mengganggu mangsa dan keluarganya kerana menggunakan laluan sama seperti mangsa hendak ke sekolah.

Sekiranya dibenarkan diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM35,000 bagi setiap pertuduhan manakala perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport antarabangsa selain tidak bertemu dan menganggu keluarga dan mangsanya.

Dalam rayuannya, Heng Hong mengaku tidak mampu membayar rayuan sebanyak itu kerana pendapatan bulanannya sebanyak RM1,000 sebulan.

Warga emas yang tidak berkahwin dan tinggal seorang diri di Permas Jaya, di sini serta mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung dan darah tinggi merayu wang jaminan dikurangkan kepada hanya RM1,000.

Hakim kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti melapor diri sebulan sekali di balai polis, menyerahkan passport antarabangsa serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh memohon khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memandangkan tertuduh tidak mampu melantik peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.