UMS lahir kumpulan pertama ijazah sarjana muda Kejuruteraan

UMS lahir kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas

ISMAIL (empat dari kanan) menyaksikan Priveqa (empat dari kiri) menerima Anugerah BEM yang disampaikan oleh Tan Sri Azman Hashim (tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melahirkan kumpulan graduan pertama bagi program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Minyak dan Gas, baru-baru ini.

Graduan seramai 24 orang itu menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 yang disampaikan oleh Pro Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim di Dewan Canselor UMS.

Menurut Dekan FKJ UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad, sejak ambilan pertama pada tahun 2018, program Kejuruteraan Minyak dan Gas UMS telah menerima seramai 150 pelajar.

“Selain program ijazah sarjana muda, FKJ UMS juga turut menawarkan program kejuruteraan minyak dan gas di peringkat diploma dan sarjana.

“Setakat ini, lebih 50 peratus keluaran kohot pertama program Kejuruteraan Minyak dan Gas telah pun menerima tawaran pekerjaan dari syarikat multinasional seperti PETRONAS, Sime Darby, Foxboro, Matco, Tata Consultancy dan sebagainya,” katanya.

Tambah Ismail, menurut kajian yang dijalankan oleh fakulti itu, graduan program tersebut telah menerima tawaran sejurus menamatkan pengajian di semester terakhir.

“Ini menunjukkan bidang yang diceburi ini mendapat liputan meluas dalam kalangan industri dan sangat diperlukan pada masa kini,” ujar beliau.

Sementara itu, seorang graduan program Kejuruteraan Minyak dan Gas UMS, Priveqa Yaashini Gopalan Yaashini Gopalan berkata, beliau ingin menjadi alumni yang dapat menumbang kembali kepada UMS dan masyarakat.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip ‘be kind and serve back to the people in need’. Dengan ijazah yang saya miliki, saya dapat membantu dari segi kemahiran mahupun motivasi untuk dikongsikan kepada para pelajar program minyak dan gas di UMS.

“Minat terhadap subjek matematik dan sains mendorong saya untuk mendalami bidang kejuruteraan. Saya meneruskan pengajian dalam jurusan minyak dan gas kerana ingin tahu bagaimana minyak yang diperoleh daripada pembentukan batuan, proses awal sehinggalah kepada tahap penjualan kepada pengguna.

“Ia menarik perhatian saya bagaimana penerokaan dan pengeluaran minyak berlaku,” jelasnya mengenai minat terhadap bidang yang diceburi beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya