Tiga lelaki ditangkap, curi 37 ekor lembu - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditangkap, curi 37 ekor lembu

HAZRI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU:  Polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berhubung kes kecurian 37 ekor lembu mlik empat penternak di Ladang Sungai Baru, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kesemua lelaki berusia 29 hingga 38 tahun itu berjaya ditangkap di beberapa lokasi di negeri Melaka.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan seunit picagari.

“Permohonan reman untuk siasatan lanjut ke atas suspek telah diperoleh dari Mahkamah Seremban sehingga 13 Disember ini.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pihak polis juga kini sedang mengesan dua orang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes ini.

Katanya, polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Adi Irwan Malek di talian 018-2253484 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya