Tidak sangka keluarga hilang sekelip mata -Waris mangsa tanah

Tidak sangka keluarga hilang sekelip mata -Waris mangsa tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Salah seorang waris mangsa tidak menyangka dia kehilangan empat ahli keluarga sekelip mata dalam kejadian tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands.

Mary Piong, 58, berasal dari Machap, Melaka berkata, dia kehilangan saudaranya iaitu sepasang suami isteri serta dua anak pasangan itu iaitu seorang lelaki dan perempuan.

“Kita tahu mereka pergi berkelah di sana (Father’s Organic Farm) dengan kawan dia, tapi, keluarga kawan dia pun belum dijumpai, mereka orang sekampung.

“Kita hanya dapat tahu dari Facebook, berita dan sumber-sumber lain. Kita sangat-sangat sedih, kita hilang satu keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Malangnya, katanya, pasangan itu dan anak lelakinya sudah dikenal pasti di Jabatan Forensik, namun, anak perempuan kepada pasangan itu masih belum ditemukan setakat ini.

“Kita amat bimbang dengan mereka (ketika berlaku kejadian tanah runtuh), masa itu kita harap keadaan akan bertambah baik.

“Mereka memang suka pergi tapak perkhemahan, sebab itu mereka pergi ke sana,” katanya.

Mayat tiga ahli keluarga waris mangsa dijangka dibawa keluar dari hospital malam ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN