Tiada lagi pertuduhan babit siasatan kebocoran penghakiman

Tiada lagi pertuduhan babit siasatan kebocoran penghakiman Najib, Rosmah

BEH ENG LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kertas siasatan kes kebocoran keputusan penghakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah diserahkan semula kali kedua kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan itu diserahkan kembali kepada TPR pada awal November lalu selepas ianya dikembalikan kepada pihak polis pada September untuk dilengkapkan lagi. 

Kata beliau, bagaimanapun, kertas siasatan yang diserahkan kali kedua itu juga dikembalikan semula kepada polis untuk dilengkapkan beberapa perkara.

“Kita masih teruskan siasatan lagi. Tiada sesiapa diarahkan dituduh setakat ini,” katanya ringkas.

Pada 30 Ogos lalu, kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada TPR namun dipulangkan semula kerana mahu polis melengkapkan beberapa perkara.

Seramai 27 saksi sudah diambil keterangan iaitu 17 individu membabitkan kebocoran keputusan penghakiman Najib dan sepuluh lagi membabitkan Rosmah.

Sebelum ini, antara saksi yang diambil keterangan adalah pegawai mahkamah bagi membantu siasatan ke atas dakwaan draf penghakiman bocor mengenai kes rasuah Rosmah.

Kenyataan itu diambil daripada kakitangan bahagian penyelidikan mahkamah dan Hakim Zaini Mazlan yang mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu bersalah sudah ditulis. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN