Tentera dibelasah sampai mati, video lucah anak tersebar

Tentera dibelasah sampai mati, gara-gara video lucah anak tersebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUJARAT: Seramai tujuh individu diberkas polis di negeri barat India selepas didakwa membelasah seorang tentera sehingga mati.

Berdasarkan laporan polis, Melaji Vaghela diserang selepas berang dengan penyebaran video lucah membabitkan anak perempuannya yang tular dalam media sosial.

Laporan dibuat oleh isteri mangsa, Manjula selepas mangsa diserang di daerah Kheda, Gujarat, pada malam Sabtu lalu.

Mangsa yang bekerja dengan pasukan keselamatan sempadan India, asalnya berkunjung ke rumah seorang remaja lelaki yang dipercayai memuat naik video tersebut.

Vaghela ditemani isteri bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya pergi ke rumah remaja lelaki itu berhubung penyebaran video tersebut.

Kunjungan yang menuntut penjelasan sebenar akhirnya bertukar menjadi pergaduhan sehingga menyebabkan tuan rumah menyerang mangsa dan ahli keluarganya dengan kayu dan objek tajam.

Vaghela mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta-merta.

Serangan turut menyebabkan isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan, manakala, seorang anak lelaki mangsa kini berada di hospital akibat kecederaan di kepala.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN