Sumbangan Kementerian Perladangan dan Komoditi penting

Sumbangan Kementerian Perladangan dan Komoditi penting kepada KDNK

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan Kementerian Perladangan dan Komoditi memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau yang juga memegang portfolio kementerian berkenaan berkata, hal ini memandangkan krisis ekonomi pada tahun hadapan dijangka menjadi cabaran besar kepada negara. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peranan penting penjawat awam dalam membantu meningkatkan sektor komoditi negara. 

“Langkah itu sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Malaysia Timur,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Fadillah memulakan tugas secara rasmi hari ini di Kementerian Perladangan dan Komoditi di Presint 2, Putrajaya. 

Usai mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi sebagai tanda bermulanya tugas rasmi di bangunan kementerian, beliau menghadiri mesyuarat kali pertama bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN