Sultan Johor zahir ucapan takziah kepada mangsa tanah runtuh

Sultan Johor zahir ucapan takziah kepada mangsa tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, Selangor, awal pagi hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda amat sedih apabila mendapat tahu tentang tragedi berkenaan.

“Saya amat sedih apabila membaca berita ini dan berharap seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu laporan setakat pukul 1 petang memaklumkan, seramai 16 orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm berkenaan.

Menurut JBPM, 17 lagi mangsa belum ditemukan.

Jumlah mangsa yang didaftarkan adalah seramai 94 orang dengan 61 dilaporkan selamat.

Operasi menyelamat masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN