Stadium bola sepak sawah dinaik taraf - Utusan Malaysia

Stadium bola sepak sawah dinaik taraf

PERTANDINGAN Pesta Bola Sepak Ngoca Negeri Sembilan 2022 yang berakhir semalam di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah telah berjaya menarik penyertaan pasukan dari seluruh negara.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan akan menaik taraf tapak sawah berkeluasan 0.81 hektar di Perkampungan Budaya Terachi di sini yang kini dijadikan sebagai stadium bola sepak sawah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan tambahan pada tahun hadapan bagi menaik taraf tapak stadium bola sepak sawah tersebut yang merupakan pertama dan satu-satunya di negara ini.

“Cadangan untuk menaik taraf kemudahan serta membina sistem pencahayaan di tapak ini berjumlah RM550,000 akan dapat membuka peluang untuk pelbagai pihak menganjurkan program yang berskala lebih besar di tapak. 

“Ia ditambah lagi dengan Projek Fasa Kedua Pembangunan Kampung Budaya Terachi melalui peruntukan sebanyak RM3 juta daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang akan siap pada tahun 2023 melibatkan pembinaan 12 lot kedai baru sekali gus akan meningkatkan lagi kegiatan ekopelancongan di Negeri Sembilan,” kata beliau.

Aminuddin menambah, kejayaan penganjuran pertandingan Pesta Bola Ngoca Negeri Sembilan, bola tampar sawah dan Tarik Tali Ngocah telah berjaya menarik perhatian dan minat pelbagai pihak lain untuk menganjurkan aktiviti di tapak ini pada masa akan  datang. 

“Saya mengambil ini sebagai satu petanda positif bahawa inisiatif pembinaan stadium ini yang bertujuan untuk menyumbang kepada industri pelancongan negeri telah sedikit sebanyak menunjukkan hasil yang memberangsangkan. 

“Pembinaan stadium ini akan dapat meneruskan aktiviti sukan sawah yang bakal menjadi aktiviti sukan rakyat utama di Negeri Sembilan dan salah satu tarikan atau simbolik pelancongan untuk program sukan rakyat warisan negeri,” tambahnya.

Sementara itu, pertandingan Pesta Bola Ngoca Negeri Sembilan 2022 berakhir semalam dengan pasukan Raja Kubang dari Seremban muncul sebagai johan kategori Bola Sawah Lelaki manakala pasukan Muscovy dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan muncul juara Bola Sawah Wanita.

Pertandingan telah berjaya menarik penyertaan daripada 158 pasukan bola sepak sawah lelaki dan 144 pasukan wanita.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya