‘Sokongan kepada Johari Abdul gambaran tersirat undi percaya’ - Utusan Malaysia

‘Sokongan kepada Johari Abdul gambaran tersirat undi percaya’

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Datuk Johari Abdul menyaksikan satu gambaran bentuk undi percaya yang bersifat tersirat. 

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana calon kerajaan itu mendapatkan sokongan besar daripada ahli-ahli parlimen berbanding calon pembangkang. 

“Pemilihan Speaker atau Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebentar tadi menyaksikan calon Kerajaan mendapat undi sebanyak 147, manakala calon Pembangkang mendapat undi sebanyak 74 undi. 

“Pemilihan Speaker adalah aturan pertama dalam Sidang Dewan Rakyat yang boleh dianggap juga sebagai ‘implied vote of confidence’ atau suatu bentuk undi percaya yang bersifat tersirat,” katanya dalam hantaran di Facebook, pagi ini. 

Justeru beliau berkata, secara asasnya, tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Bagaimanapun Perdana Menteri tetap mahu mengadakan Usul Undi Percaya yang dijangkakan akan berjalan di sebelah petang selepas aturan sidang mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN