Polis tahan 412 bookie piala dunia babit pertaruhan lebih 11 juta

Polis tahan 412 bookie piala dunia babit pertaruhan lebih 11 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 412 individu disyaki terlibat kegiatan judi bola sepak melibatkan jumlah pertaruhan lebih RM11 juta sepanjang kejohanan Piala Dunia Qatar bermula pada 19 November sehingga semalam.

Penahanan kesemua individu berkenaan dilakukan menerusi 348 serbuan Op Soga IX di seluruh negara.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, kesemua nilai rampasan berkenaan membabitkan nilai had kredit dalam perisian serta wang taruhan tunai yang berjaya dirampas sepanjang tempoh berkenaan.

Kata beliau, pelbagai peralatan termasuk kredit di dalam perisian bernilai RM10.60 juta, wang tunai RM417,613; 382,295 dolar Hong Kong dan 500 dolar Singapura dirampas.

“Sepanjang tempoh itu, PDRM meningkatkan kadar serbuan dan tangkapan dengan 348 kertas siasatan dibuka.

“Kesemua tangkapan merupakan bookie atau ‘punter’ dan telah direman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tangkapan terbanyak melibatkan serbuan di Selangor melibatkan 135 suspek, diikuti Johor (51), Kuala Lumpur (43) dan Sarawak (34).

Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, sebanyak 52 kes telah dituduh dan tujuh daripadanya telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah manakala 289 kertas siasatan masih dalam tindakan.

“Polis turut merampas 20 unit komputer, komputer riba (11), tablet (dua), telefon bimbit (496), router (11), kad sim (207) dan 103 helai catitan disyaki pertaruhan,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya