Penganggur dicekup sebelum sempat edar 41.55 gram dadah

Penganggur dicekup sebelum sempat edar dadah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang penganggur tidak sempat mengedar dadah jenis heroin dan methamphetamine apabila dicekup polis di jalan ladang kelapa sawit Changkat Ramu, Slim River di sini semalam.

Suspek berusia 53 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan dan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas beg silang dipakai suspek dan menemukan 10 peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin dianggarkan seberat 41.55 gram.

Katanya, turut dijumpai dalam beg berkenaan tujuh peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 28.72 gram.

“Selain botol kaca yang diubah suai disyaki alat menghisap dadah, kita juga menjumpai alat penimbang berwarna hitam, plastik lutsinar dan foil aluminium.

“Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM4,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis morfin selain memiliki rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya