Pelaku cemar bau sungai berdepan denda RM100,000, penjara setahun - Utusan Malaysia

Pelaku cemar bau sungai berdepan denda RM100,000, penjara setahun

KEADAAN Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan yang berbuih dan berbau sabun akibat pencemaran dipercayai berpunca daripada sebuah kilang pada Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak atau individu yang mengakibatkan pencemaran bau di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan sekitar Selangor bakal berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum setahun.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan berkata, pihaknya merujuk insiden pelepasan efluen terlarang ke alur air sehingga mengakibatkan pencemaran bau dan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih selama tiga jam, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu dianggap kerana bakal menjejaskas bekalan air kepada pengguna domestik dan industri.

“Bahagian Penguatkuasaan SPAN telah menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bahan serta pelaku tersebut.

“Lawatan tapak termasuk di kawasan perindustrian berdekatan turut dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bersama agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pelepasan efluen oleh premis kilang perindustrian dipercayai punca penemuan air berbuih dan berbau sabun di Sungai Batang Benar, Khamis lalu.

Perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mengambil tindakan lanjut selepas menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, kira-kira pukul 8 malam.

Tambah kenyataan itu, insiden berkenaan disiasat mengikut Seksyen 121 (1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Kesalahan itu melibatkan pencemaran terhadap alur air atau sistem bekalan air. Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan denda sehingga RM100,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

SPAN meminta orang ramai yang  mempunyai maklumat berkaitan perbuatan seumpama itu supaya menghantar mesej ke WhatsApp bernombor 013-3885000 atau e-mel ke [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya