Mayat lelaki ditemui dalam semak - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemui dalam semak

MAYAT seorang lelaki ditemui di kawasan semak berhampiran Jalan College Height, Mantin, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di pokok dalam kawasan semak berhampiran Jalan College Height, Mantin di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat dalam semak daripada orang awam lebih kurang pukul 9 pagi.

“Berdasarkan identiti, mayat itu adalah seorang lelaki berusia 34 tahun dan siasatan awal tempat kejadian telah dilakukan bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mat Ghani berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya