Mangsa terakhir tragedi Batang Kali ditemukan - Utusan Malaysia

Mangsa terakhir tragedi Batang Kali ditemukan

Anggota penyelamat membawa mayat kanak-kanak yang merupakan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh yang ditemukan, petang semalam. – MINGGUAN/SHIIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Satu mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini ditemukan petang semalam.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mayat 31 orang ditemukan sepanjang operasi berlangsung selama sembilan hari sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu.

Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa naik ke trak polis sekitar 5.20 petang dan difahamkan dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat.

Mangsa terakhir merupakan Eng Shao Qi, 11, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Mun Choong dan ia dipercayai ditemui di sektor A (Hillview).

Tragedi itu berlaku ketika 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik tersebut sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan.

Kesemua 31 yang maut adalah pengunjung tapak perkhemahan termasuk 20 guru SJKC Mun Choong dan ahli keluarga mereka yang bercuti di tapak perkhemahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.