PETALING JAYA: Penyertaan Khairy Jamaluddin dalam UMNO Bahagian Sungai Buloh menjadi petanda baik buat rakyat setempat dan bukan ancaman kepada penyandang kerusi Parlimen kawasan tersebut. Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan berkata, beliau tidak menganggap penyertaan Timbalan Ketua Bahagian Rembau itu sebagai cabaran kepadanya kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah berakhir dan kini adalah masa untuk bekerja. Menurutnya, beliau menyambut baik kedatangan bekas Menteri Kesihatan ke kawasan Parlimen…










