Keterangan Abdul Hadi diambil selepas dakwa PH parti komunis

Keterangan Abdul Hadi diambil selepas dakwa PH parti komunis

BEH ENG LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang  berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH) sebagai parti komunis ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, keterangan Abdul Hadi diambil selepas pihaknya menerima satu laporan berkaitan tindakan itu.

Kata beliau, siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Keterangan beliau diambil hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi tiba di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 2.55 petang tadi.

Abdul Hadi tiba menaiki kenderaan pelbagai jenis (MPV) Toyota sempat melambai tangan kepada pengamal media selepas turun dari kereta berkenaan.

Abdul Hadi dalam laporan sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa di samping turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak bermoral.

Beliau juga menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah ‘untuk menang dengan apa cara sekalipun’.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulis ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Ketua Komunikasi PKR Ampang, Syafiq Zulkifli menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya