Kerajaan cadang kupon minyak masak bersubsidi

Kerajaan cadang kupon minyak masak bersubsidi

Kerajaan menanggung subsidi tinggi dengan pengeluaran minyak masak peket, - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi bakal dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, wujud cadangan memperkenalkan sistem kupon kepada golongan B40 dan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membeli minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg).

Sebaliknya kata beliau, perkara itu perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada masa terdekat dan sekiranya dipersetujui, kemudian baharu dilaksanakan dengan meneliti dan mengemaskini data golongan berkelayakan menikmati program berkenaan.

“Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.

“Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,” katanya selepas Seisi Libat Urus Menteri bersama MPOB dan Pemain Industri Minyak Masak di Putrajaya.

Sesi itu bertujuan mengenali dengan lebih dekat pemain industri, memahami permasalahan serta mendapatkan data penting sebelum dasar-dasar serta gerak kerja yang inovatif dapat dibangunkan dalam meningkatkan prestasi industri ini di samping membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Sebelum ini, Salahuddin dilaporkan akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.

Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.

“Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna,” katanya.

Pada mesyuarat 27 November lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.