Hanya 49 peratus keluar mengundi sehingga pukul 2 petang

Hanya 49 peratus keluar mengundi sehingga pukul 2 petang

SEORANG anggota polis mengawal salah satu saluran mengundi yang disediakan di pusat mengundi SMK Taman Selasih, Padang Serai di Kulim. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 49 peratus daripada 132,955 orang pengundi di Parlimen Padang Serai selesai menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga pukul 2 petang ini.

Peratusan itu menyaksikan hanya peningkatan kecil direkodkan berbanding 43 peratus yang dilaporkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada pukul 1 petang.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi antara 60 ke 65 peratus bagi kawasan itu setelah tempat mengundi ditutup pada pukul 6 petang.

Beliau berkata, jumlah itu optimis untuk dicapai walaupun terdapat pandangan peratusan keluar mengundi rendah di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

SPR sebelum ini menetapkan 7 Disember sebagai tarikh mengundi PRU15 bagi kedua-dua kawasan itu susulan kematian salah seorang calon di Padang Serai dan Tioman.

Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan dan seorang calon bebas.

Bagaimanapun calon BN, Datuk C. Sivaraj dan calon Warisan, Mohd. Bakhri Hashim mengumumkan memberi laluan kepada calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN