Ejen hartanah rugi RM7.74 juta ditipu pegawai KKM palsu

Ejen hartanah rugi RM7.74 juta ditipu pegawai KKM palsu

Mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Bahagian Khidmat Pelanggan KKM Cawangan Putrajaya, 18 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah kerugian lebih RM7.74 juta selepas terpedaya dengan taktik baharu sindiket Macau scam yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Mangsa wanita berusia 66 tahun tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Bahagian Khidmat Pelanggan KKM Cawangan Putrajaya, 18 Mei lalu.

Kata beliau, suspek menyatakan bahawa terdapat 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah dan satu tindakan siasatan sedang dijalankan oleh pihak KKM.

“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai ‘polis’ yang mana dalam perbualan itu, suspek memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap atas nama mangsa kerana terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa dinasihatkan supaya membuka tujuh akaun bank baharu dan menyerahkan kesemua maklumat akaun itu kepada suspek. 

“Suspek turut mengarahkan mangsa membuat transaksi pemindahan wang simpanannya berjumlah RM7,739,356 ke dalam tujuh akaun berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amihizam berkata, selepas transaksi berjaya, mangsa membuat semakan dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan bahawa terdapat transaksi pengeluaran dari tujuh akaun itu.

Berikutan itu, katanya, mangsa tidak puas hati dan rasa tertipu kerana transaksi pengeluaran dilakukan tanpa pengetahuannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon individu yang tidak dikenali dan pastikan membuat semakan dengan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi pemindahan wang.

“Orang ramai juga diingatkan tidak mendedahkan data peribadi serta membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

“Sebarang panggilan atau laporan boleh dilakukan di CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya