Seorang lelaki menggantung diri di sebuah kebun durian di

Bunuh diri kerana terpedaya ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki menggantung diri di sebuah kebun durian di jalan Felcra Kerdau di sini, setelah terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pukul 12.23 petang semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihak polis mengenal pasti punca mangsa gantung diri kerana diperdaya oleh sindiket penipuan ‘phone scam’.

“Sindiket penipuan itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis. Kerana terpedaya, mangsa mengalami kerugian RM156,000.

“Ekoran kejadian itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan satu kertas siasatan mati mengejut juga dibuka,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Mohd. Azhar menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah panik sekiranya menerima apa-apa panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau dari mana-mana pihak.

“Semakan perlu dibuat terlebih dahulu kepada agensi-agensi berkaitan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan informasi atau membuat pertanyaan berkaitan kesalahan jenayah komersial melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 0132111222 atau menghubungi CCID Scam Response Center di talian 0326101599 atau 0326101559.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.