KUANTAN: Hampir 500 kontraktor kelas F terpaksa ‘merebut’ 10 kerja undi ditawarkan dan mencuba nasib setiap kali pendaftaran dibuka ekoran kekurangan kerja-kerja undian untuk projek di bawah RM200,000. Bercakap kepada Utusan Malaysia, kontraktor kelas F, Nur Shuhada Afifah Sahari berkata, selain kekurangan projek, ia juga disebabkan lambakan kontraktor kumpulan itu iaitu kira-kira 40,000 seluruh negara dan hampir 7,000 di negeri ini. “Jika ini berterusan, memang kami kontraktor kelas F susah…