Warganet takut keluar mengundi gara-gara gelombang

Warganet bimbang keluar mengundi gara-gara Omicron XBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segelintir masyarakat hari ini meluahkan rasa kebimbangan mereka berhubung negara yang dikatakan sedang berdepan dengan gelombang kecil Covid-19.

Hal ini rentetan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam mengumumkan Malaysia kini berdepan gelombang kecil Covid-19 susulan penemuan sub-varian Omicron XBB.

Malah, warganet dalam media sosial turut menyatakan kerisauan mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Merah, Nor Azlinda Salleh, 45, berkata, meskipun yakin dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dia  tetap bimbang untuk terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19. 

Menurutnya, tempat mengundi nanti pasti akan dipenuhi orang ramai yang tidak diketahui sama ada positif Covid-19 atau tidak.

“Saya memang risau, tapi tetap kena tunaikan tanggungjawab demi masa depan kita.

“Saya harap SPR tetap jaga SOP semasa hari mengundi dan pantau setiap individu yang datang sebab ianya sangat penting,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, pengundi dari DUN Usukan, Mailin Saidin, 53, memberitahu, dia tetap akan tunaikan tanggungjawab mengundi walaupun timbul rasa takut.

“Ramai orang tengah sakit sekarang, lebih-lebih lagi musim hujan, jadi susah tahu sama ada dia demam biasa atau positif Covid-19.

“Memang ada fikir untuk tidak keluar mengundi tapi saya sudah bosan dengan situasi negara yang tidak stabil dan kita perlukan pemimpin yang betul,” ujarnya.

Pengguna TikTok, @fifieliana berkata; “Disebabkan saya mengandung, saya memilih untuk tidak keluar mengundi, risau dalam keadaan sesak kat sana nanti yang positif pun boleh pergi mengundi kan.” 

“Siapa tak vaksin tak perlu undi, siapa tak ambil booster tak perlu undi,” komen seorang lagi pengguna TikTok, @ashatika92. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya