Warga emas hidap penyakit saraf mengundi dalam ambulans

Warga emas hidap penyakit saraf mengundi dalam ambulans

FATIMAH Ismail mengundi dalam ambulans di pusat pembuangan undi di SK Rusila, Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang warga emas yang menghidap penyakit saraf mengundi di dalam sebuah ambulans di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila, di sini, hari ini.

Fatimah Ismail, 89, dari Kampung Rusila di sini yang tidak dapat bergerak terpaksa mendapatkan perkhidmatan ambulans untuk membawanya ke pusat pembuangan undi tersebut yang terletak sejauh dua kilometer.

Beliau yang juga balu kepada bekas Menteri Besar Terengganu ke-enam, Allahyarham Mohd. Daud Samad yang ditemani seorang anaknya tiba di pekarangan SK Rusila kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, walaupun uzur, namun, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Katanya, beliau tetap teruja pergi mengundi walaupun pergerakannya terbatas dan terpaksa mengundi dalam ambulans.

“Saya menghidap penyakit saraf ini sejak tahun 2017 juga menggunakan perkhidmatan ambulans sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Pada PRU15 ini, saya sekali lagi menaiki dan mengundi dalam ambulans,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Allahyarham Mohd Daud menjadi Menteri Besar Terengganu antara tahun 1959 hingga 1961.

Fatimah yang mempunyai seramai 13 anak, 32  cucu dan  lebih 100 cicit berkata, dia menganggap sebagai seorang Islam wajib mengundi seperti menunaikan solat.

“Mengundi ini macam kita solat, sebab itu kita wajib mengundi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN