Undi adalah wajib, bukan sunat, bukan harus -Abdul Hadi

Undi adalah wajib, bukan sunat, bukan harus -Abdul Hadi

ABDUL HADI Awang (kiri) hadir pada majlis Ceramah Umum dan Pelancaran Manifesto PN Pahang di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Semua rakyat Malaysia dinasihatkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini kerana ia merupakan kewajipan, bukan sunat dan harus difahami sebagai tanggungjawab bagi menentukan pemimpin negara. 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mengundi merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan berbanding menunaikan umrah yang sunat buat umat Islam.

“Memilih pemimpin di atas dunia ini merupakan perkara yang akan disoal pada hari kiamat termasuk amalan serta tingkah laku kita dalam hubungan dengan masyarakat, keluarga dan sebagainya.

“Rakyat perlu melantik pemimpin untuk mewakili mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baik untuk mentadbir negara. Tanggungjawab sebagai pengundi dengan memilih pemimpin yang benar-benar menunaikan amanah Allah SWT,” katanya ketika berucap pada majlis Ceramah Umum dan Pelancaran Manifesto PN Pahang di sini. 

Abdul Hadi yang juga penyandang Parlimen Marang menjelaskan dalam amalan demokrasi moden, rakyat diberikan peluang untuk menentukan kepemimpinan negara berdasarkan pengundian melalui saluran pilihan raya bagi membolehkan kerajaan (pemimpin) menguruskan dasar (kerajaan) dan amalan boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Jangan sekali-kali memilih (mengundi) golongan yang salah dan sesat dalam PRU15 ini. Sekiranya pemimpin yang dipilih tidak mempunyai iman dan akhlak, maka, ekonominya juga akan runtuh, politiknya pula zalim dan menipu, lantas tiada keamanan dan kesejahteraan lagi,” katanya. 

Beliau turut mengimbas sejarah Islam iaitu selepas Nabi Muhammad SAW wafat, proses memilih pemimpin dalam kalangan kabilah di Madinah apabila Saidina Abu bakar As-Siddiq dari kaum Muhajirin diangkat sebagai ketua (pemimpin).  

“Hal ini berasaskan pesanan Nabi Muhammad SAW bahawa bani Quraisy yang mendominasi dan terkuat pada masa itu, maka Abu Bakar layak dipilih sebagai pemimpin selepas Nabi.

“Bermula daripada Abu Bakar, pemilihan Umar Al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib, semuanya dicatat oleh ulama Islam sebagai panduan kepada umat Islam memilih pemimpin seterusnya,” katanya.

Selanjutnya, Abdul Hadi berkata, intipati ucapan pertama Abu Bakar selepas dipilih wajar menjadi panduan bagi pemimpin hari ini memilih pemimpin yang benar-benar menunaikan amanah Allah SWT, yakni kerajaan yang berakidah, beriman, dan berakhlak.

Dalam pada itu, beliau seterusnya meminta pengundi termasuk orang muda supaya tidak memandang ringan soal politik dan seterusnya menentukan pemimpin negara melalui pilihan raya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya