Tinggalkan rumah jika ada aktiviti pergerakan tanah- Rodziah

Tinggalkan rumah jika ada aktiviti pergerakan tanah- Rodziah

RODZIAH Ismail meninjau tapak tanah runtuh di Taman Watan, Ampang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Para penduduk di sekitar Taman Watan di sini diarah segera meninggalkan kediaman sekiranya berlaku risiko tanah runtuh ekoran keadaan cuaca hujan ketika ini.

Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) Parlimen Ampang, Rodziah Ismail berkata, ia ekoran berlaku kejadian tanah runtuh di sebuah kediaman jenis banglo tiga tingkat di kawasan tersebut awal pagi ini.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan itu memberitahu keadaan di situ terkawal selepas Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa memantau situasi tersebut.

“Ini adalah kawasan persendirian tetapi bila berlaku kejadian seperti ini, kita akan lakukan dari sudut teknikal untuk tahu sebab dan punca kerana ia boleh melibatkan banyak rumah.

“Jika dilihat saya nampak ada dua blok, satu di baris depan dan belakang yang berkongsi cerun yang sama,” katanya ketika meninjau ke tapak tanah runtuh di Taman Watan, di sini hari ini.

Tambah Rodziah, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM27.2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan untuk mengatasi segera masalah runtuhan cerun di negeri berkenaan.

“Bulan lalu sudah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tentang status keseluruhan Ampang, berapa banyak cerun, berapa banyak isu yang perlu ditangani. Itu dalam bidang Majlis saya.

“Sedikit kerisauan kita di Ampang memang kita maklum banyak cerun dan MPAJ telah buat langkah yang positif untuk menyelenggara cerun.

“Tetapi memandangkan ini (kawasan perumahan Taman Watan) diluar bidang kerja MPAJ kerana terletak di kawasan perumahan persendirian, jadi saya nak nasihat kepada semua pemilik rumah dan pemaju kalau ada rumah yang berdekatan cerun jangan lupa kenalpasti cerun ini agar tahu status. 

“Aduan perlu dibuat tetapi dalam masa sama tengok apa aktiviti pergerakan tanah yang wujud,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN