Terengganu pertimbang beri cuti peristiwa

Terengganu pertimbang beri cuti peristiwa 20 November

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu mempertimbangkan untuk memberi cuti peristiwa sehari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 20 November ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rabu ini.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak berjanji memberikan cuti umum itu, namun, akan melihat dan meneliti perkara itu terlebih dahulu.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri mengisytiharkan beberapa cuti peristiwa pada tahun ini.

“Kita akan bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu ini, Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Santai Minum Petang Masyarakat Setempat Bersama Menteri Besar Terengganu dan Calon Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid di Dataran Kedai Kampung Langgar di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, keputusan mengenai pemberian cuti itu mempunyai kaedah dan proses yang perlu diambil kira.

“Keputusan mengenai cuti peristiwa biarlah dengan kaedah dan prosesnya, bukan suka-suka boleh buat keputusan bila-bila masa.

“Negeri ada berbeza-beza sebab pengundian pada hari Sabtu (dan) ada cuti hari Jumaat sebab nak balik mengundi tetapi kita ini hari Jumaat memang sudah cuti , jadi, kita akan tengok macam mana kita nak buat.

“Insya-Allah kita akan maklum dalam waktu terdekat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya