Teknologi AI perniagaan masa depan antara manisfesto

Teknologi AI antara manisfesto diketengahkan Fathul Bari

FATHUL Bari Mat Jahya (tiga dari kiri) meninjau perjalanan kelas teknologi AI di Pejabat Better Nation, Seriab, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi salah satu manisfesto yang diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya sekali gus bakal membantu ramai khususnya anak muda dalam menjana pendapatan.

Fathul Bari berkata, teknologi tersebut adalah konsep perniagaan masa depan yang harus diaplikasikan dalam kehidupan sejagat dan ini antara salah satu daripada manifesto diketengahkan yang mana diharapkan masyarakat di Kangar, mahasiswa dan mahasiswi atau mereka yang selepas belajar dan sedang mencari pekerjaan bakal diberikan latihan berasaskan AI.

“Malah, latihan ini akan diberikan oleh pengajar dari badan antarabangsa dan Insya-Allah mereka akan mendapat elaun daripada latihan berkenaan dan paling penting adalah mereka juga akan berpeluang mendapat pekerjaan.

“Disebabkan itu, saya membawakan saudara Ilyas Vali yang juga pengasas syarikat antarabangsa, rLoop yang dikenali dengan organisasi yang melakukan kajian dan pembangunan kejuruteraan berasaskan ‘crowd-sourcing’ ke Kangar ini untuk mendedahkan penggunaan AI kepada sebilangan pelajar dari universiti tempatan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan kelas teknologi AI di Pejabat Better Nation, Seriab di sini hari ini.

Kelas yang berlangsung dalam beberapa sesi itu dikendalikan oleh Ilyas Vali dari United Kingdom yang cukup dikenali sebagai pengasas syarikat rLoop yang menjalankan kajian dan pembangunan kejuruteraan menerusi platform ‘crowd sourcing’.

Tambah Fathul Bari yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, teknologi AI mampu membangun di Perlis pada masa hadapan terutama dalam mengaplikasikannya dalam pengurusan pertanian bersepadu atau ‘integrated farming’.

“Selain sebagai perniagaan masa depan dalam pelbagai lapangan kerja, kita di Perlis ini juga boleh mengaplikasikannya menerusi ladang tenusu atau ‘dairy farm’ yang kita usahakan nanti malah apabila membicarakan soal ‘integrated farming’ atau ‘smart farming’ maka teknologi AI juga boleh menjadi kaedah dalam menguruskan ladang pertanian ini secara bersistematik.

“’Smart farming’ bukan semata-mata bermaksud pemasangan air secara automatik atau penggunaan ‘fertilizer’ atau baja secara automatik, tapi konsep ‘integrated farming’ ini sampai tahap di mana kita boleh menentukan saiz buah, saiz pokok dan kuantiti hasil tanaman yang dapat diusahakan.

“Malah kita boleh selesaikan permasalahan dari sudut kesihatan pokok berkenaan dan AI ini juga boleh digunakan daripada sudut pembangunan sukan dari segi latihan atlet dan sebagainya,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Katanya lagi, jika dahulu banyak kos dihabiskan dalam pelbagai aspek hanya untuk mencipta dan membina sesuatu kemudahan.

“Jika dulu sekiranya mahu mencipta sesuatu, kita banyak habis kos di makmal (lab), habiskan kos untuk mendatangkan pakar seperti profesor dan cerdik pandai, termasuk cendekiawan malah kita juga menghabiskan kos untuk membelikan barang mahal namun sekarang ini tidak lagi.

“Di bawah platform ‘crowd sourcing’ ini, segala idea terhadap sesuatu inovasi ini dapat dikumpulkan tanpa perlu jurutera atau pereka cipta ini bertemu antara satu sama lain secara bersemuka sebaliknya hanya berhubung menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada.

“Malah, dengan hanya mempunyai komputer riba atau telefon bimbit, kita mampu menghasilkan satu daya inovasi yang dapat menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi dunia,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya