[RASMI] Tok Mat menang di Rembau dengan majoriti 19,887 undi - Utusan Malaysia

[RASMI] Tok Mat menang di Rembau dengan majoriti 19,887 undi

MOHAMAD Najib Mustafa mengumumkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Rembau di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Sri Rembau, malam ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,887 undi.

Beliau yang juga mesra dengan Tok Mat mendapat undian sebanyak 53,O75 sekali gus menewaskan empat calon yang lain.

Calon Pakatan Harapan, Jufitri Joha mendapat sebanyak 33,178 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus (21,875.), calon Parti Pejuang Tanahair, Ramly Awalludin (529) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran (779).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rembau, Mohamad Najib Mustafa di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Sri Rembau, malam ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya