PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak berdepan sebarang tekanan dan menganggap tempoh hampir seminggu kempen Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) kali ini adalah paling tenang berbanding pilihan raya umum sebelum ini. Sehubungan itu, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, tiada keperluan untuk parti itu menekan ‘butang panik’ walaupun ada berlaku ‘gegaran’ membabitkan beberapa kawasan sebelum ini dan parti lawan gigih mengitar semula isu-isu lama di media sosial.…










