Polis tahan lelaki samun dua warga asing

Polis tahan lelaki samun dua warga asing

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menyamun dua warga asing dalam kejadian di sebuah pusat cuci kenderaan di Impian Murni, Saujana Impian di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, suspek berusia 21 tahun yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 menyamun seorang lelaki dan wanita warga asing.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek melarikan wang tunai yang disamun daripada mangsa sebanyak RM500.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular kejadian samun dalam media sosial selepas satu hantaran dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mendakwa suspek menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun.

Bagaimanapun, Mohd Zaid menafikan dakwaan itu dan memberitahu, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bergerak secara solo.

“Pemeriksaan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dan positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan turut dirampas sebuah motosikal serta pakaian yang digunakan semasa kejadian,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (merompak tanpa senjata) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebat. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya