Polis tahan dua individu rampas pelbagai jenis dadah RM14,330

Polis tahan dua individu rampas pelbagai jenis dadah RM14,330

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan berjumlah RM14,330 selepas menahan dua individu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM9,837, menyita sebuah kereta jenis Perodua MyVi, motosikal jenis Honda Vario 150, dua utas gelang dan tiga bentuk cincin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, semasa serbuan dilakukan, pihaknya mendapati seorang lelaki dan wanita berada dalam keadaan mencurigakan di bahagian ruangan tamu rumah berkenaan.

Menurutnya, suspek bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan bertindak cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan. 

“Hasil pemeriksaan pemeriksaan lanjut yang dilakukan polis telah menjumpai 13 biji pil kuda, heroin (29 gram) dan ganja (14 gram).

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek lelaki berusia 41 tahun mendapati dia positif dadah jenis opiate serta mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, seorang lagi suspek yang merupakan wanita berusia 39 tahun bebas dari pengaruh dadah hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Disember untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya