Polis siasatan dakwaan fitnah terhadap Saravanan

Polis siasat dakwaan fitnah terhadap Saravanan

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang mendakwa terbaca komen dan menonton video dalam media sosial. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, Mohd. Yusri berkata, 11 laporan polis diterima pada Selasa berbanding lima laporan pada hari sebelumnya. 

“Daripada itu, tiada tangkapan dilakukan manakala sebanyak 159 permohonan permit ceramah diterima daripada parti bertanding dengan kesemuanya diluluskan.

“Polis menasihatkan supaya semua bendera,  gegantung, poster dan risalah mestilah tidak mengandungi sebarang unsur menghasut, mengaibkan serta boleh menimbulkan ketenteraman awam,” katanya. 

Jelasnya beliau, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500/504/505 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang lain mengikut kesesuaian. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya