Parlimen Batu milik MIC -Vigneswaran

Parlimen Batu milik MIC -Vigneswaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MIC menegaskan kerusi Parlimen Batu akan kekal menjadi milik parti itu dan calon partinya, Datuk Kohilan Pillay.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, pihaknya akan terus berpegang kepada keputusan pengumuman calon yang dimuktamadkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

“Mengenai rebutan kerusi, itu saya tak tahu. Saya tak tahu Batu mana yang dimaksudkan. Senarai calon sudah diumumkan dan kita perlu akur dengan keputusan itu. 

“Apa yang paling mustahak, pengumuman itu mesti datang daripada Pengerusi BN, bukannya parti tertentu.

“Jika Datuk Seri Wee Ka Siong mahu MCA bertanding di sana, beliau perlu berbincang dengan pengerusi BN bukannya membuat pengumuman,” katanya dalam sidang akhbar.

Terdahulu, Ka Siong memaklumkan wakil partinya, Datuk Seri Yew Teong Look bakal bertanding di Parlimen Batu menggantikan Kohilan Pillay.

Katanya, keputusan itu dipersetujui pucuk kepemimpinan BN dan mengesahkan kerusi tersebut kekal milik MCA bukan MIC seperti diumumkan Ahmad Zahid.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, sudah terlewat bagi MCA melakukan pertukaran kerusi memandangkan ia telah diumumkan dan hari pengundian semakin hampir.  

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata, MIC tidak akan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Pengumuman itu sekali gus menepis dakwaan kononnya MIC memboikot pilihan raya umum kali ini selepas tiada mana-mana pucuk pimpinan parti menghadiri pengumuman calon BN.

Sementara itu, Vigneswaran berkata, partinya terbuka menerima penyandang ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi tradisi MIC di Sungai Buloh ekoran beliau memiliki faktor `winnable candidate’. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya