Loke Siew Fook mengundi di Rasah - Utusan Malaysia

Loke Siew Fook mengundi di Rasah

LOKE Siew Fook (kanan) mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Rasah, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP yang juga calon  Pakatan Harapan (PH) Parlimen Seremban, Loke Siew Fook selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Rasah di sini.

Beliau yang cuba mempertahankan kerusi Seremban itu mengundi kira-kira pukul pukul 11.15 pagi tadi dan mengundi di saluran enam dan kemudian turut sempat sempat beramah mesra dengan pengundi yang turut mengundi di pusat pengundian yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, Siew Fook akan disaingi empat calon lain iaitu Barisan Nasional (BN) Wong Yin Ting, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Fadli Che Me, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Mohamad Jani Ismail dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley.

Terdapat seramai 157,244 orang pemilih berdaftar di Parlimen Seremban meliputi pengundi Melayu, 51.57 peratus, pengundi Cina 31.7 peratus dan pengundi India 13.82 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, Siew Fook memenangi kerusi Parlimen Seremban dengan majoriti 30,694 undi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.