Lelaki putus ibu jari tangan kiri ditetak senjata tajam

Lelaki putus ibu jari tangan kiri ditetak senjata tajam

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki putus ibu jari tangan kiri akibat ditetak seorang individu yang menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Cempedak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian itu berlaku selepas pelanggaran kereta suspek dan mangsa kira-kira pukul 8 malam.

Menurut beliau, suspek kemudian bersetuju membayar ganti rugi dan mengajak mangsa ke rumahnya sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengambil wang.

“Namun, ketika mangsa menunggu di luar, suspek keluar dengan senjata tajam seperti pedang samurai atau parang untuk menetak mangsa dan melarikan diri memandu kereta Proton Wira.

“Mangsa yang berusia 38 tahun itu kemudian dalam keadaan cedera pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pada pukul 8.45 malam, suspek dikesan melanggar sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Balai Polis Merchang dengan memecut laju menuju ke daerah Dungun dekat sini.

Berikutan itu, tambahnya, petugas SJR bertindak mengejar suspek dan memintas kenderaan Proton Wira itu yang terbabas di tepi jalan sebelum mendapati suspek terjun ke dalam sungai berhampiran.

“Walaupun cuba melawan, pihak polis berjaya menahan suspek yang berusaha melarikan diri ke seberang sungai dan turut merampas kenderaannya untuk siasatan lanjut.

“Ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 29 November depan,” tambahnya.

Mohd. Zain memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan cedera parah menggunakan senjata dan Seksyen 307 KK atas cubaan bunuh. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.