Lelaki mengamuk abang kandung dijamin keluarga atas kes dadah

Lelaki mengamuk kerana abang kandung dijamin keluarga atas kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang semalam akibat tidak berpuas hati abangnya yang ditahan atas kesalahan dadah, dijamin keluarga. 

Penahanan suspek berusia 28 tahun itu dibuat selepas pengadu yang juga abangnya terdengar adik kandungnya mengamuk di dalam rumah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek juga bertindak memecahkan semua barang di dalam rumah pengadu dan turut memegang pisau.

“Pengadu yang bekerja sebagai pemandu teksi mengalami kerugian kerosakan membabitkan perabot, pintu, siling dan atap rumah,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Mohamad Farouk berkata, kejadian itu dipercayai akibat suspek tidak berpuas hati kerana keluarga menjamin pengadu yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah pada 2 November lalu di daerah ini.

“Susulan laporan itu, kami menahan suspek yang juga penganggur di sekitar Pandan Indah pukul 12.45 tengah hari.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai tiga rekod membabitkan kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Ampang pagi ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN