PETALING JAYA: Jangka hayat politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan lenyap sekiranya parti itu membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, demi kepentingan parti, pihaknya perlu memperhalusi dan berfikir panjang untuk merintis kerjasama politik dengan PN terutamanya Bersatu. Menurut beliau, Bersatu dan PN dilihat mahu ‘membunuh’ jangka hayat politik BN apabila mereka bukan sahaja meletakkan calon di…










