Jangan sebar kandungan berbaur perkauman, agama dalam media

Jangan sebar kandungan berbaur perkauman, agama dalam media sosial

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai bentuk kandungan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama serta menghina institusi diraja melalui media sosial.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan agar pengguna media sosial tidak menyalahgunakan platform untuk menyebarkan kandungan menghasut yang boleh membawa kepada keresahan orang ramai.

“Polis Diraja Malaysia memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform itu.

“Jangan menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran orang awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Acryl Sani berkata, tindakan tegas mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang situasi mengancam keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya