Islam di Perlis bebas unsur kaum, permusuhan rakyat

Islam di Perlis bebas unsur kaum, permusuhan rakyat

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pendekatan Islam yang diajar di masjid atau sekolah di Perlis seharusnya bebas daripada sebarang unsur perkauman dan permusuhan disebabkan perbezaan kaum, parti politik serta agama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, seluruh masyarakat diingatkan bahawa pegangan Islam di negeri ini juga adalah sangat harmoni.

Titah baginda, Islam di Perlis adalah bersifat universal yang mana kebaikannya merangkumi seluruh kaum dan agama. 

“Semua kepimpinan utama dan jentera pentadbiran kerajaan, para asatizah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemegang tauliah mengajar yang menetap di negeri ini juga hendaklah benar-benar memahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” titah baginda sewaktu Simposium Guru Agama, NGO Islam Dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2022 di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, di sini hari ini.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah, Perlis juga tidak taksub kepada mana-mana mazhab fekah, namun negeri ini sentiasa berusaha menepati al-Quran dan al-Sunnah. 

“Maka, kita semua hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengukuh dan memperteguhkan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti yang termaktub dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW,” titahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN