Integrasikan program murid SK - SJKC

Integrasikan program murid SK – SJKC

JOHAN Arifin Mohd. Ropi pada Jamuan Makan Malam dan Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan Bangsa Cina di Restoran Cathay, Stulang Laut, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Johor Bahru mahu mengeratkan lagi hubungan antara kaum, khususnya melibatkan generasi muda sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Johan Arifin Mohd. Ropi berkata, antara langkah yang akan dibuat dengan mengadakan program integrasi melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan segera dalam memastikan perpaduan dan kesejahteraan sesama kaum, khususnya di Johor Bahru terus terpelihara.

“Saya faham terdapat sensitiviti antara kaum di Johor Bahru. Jadi, antara tumpuan yang akan saya lakukan dengan mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

“Dengan mengadakan program kerjasama melibatkan murid SK dan murid SJKC, kita akan dapat melahirkan generasi yang toleran dan saling bekerjasama dalam membina masa depan yang lebih baik buat semua pihak,” katanya pada Jamuan Makan Malam dan Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan Bangsa Cina di Restoran Cathay, Stulang Laut, di sini malam tadi.

Johan menjelaskan, contohnya, di kawasan Bandar Baru Uda, ada SK dan SJKC yang mempunyai jurang pencapaian sekolah dan program integrasi kaum seperti karnival bersama-sama perlu dillaksanakan.

“Dalam program tersebut, murid dan pelajar setiap sekolah akan diletakkan dalam satu kumpulan agar mereka bukan sahaja berkenalan tetapi juga bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

“Bergerak seperti sebuah kumpulan baharu dan bukannya pertandingan antara sekolah, sama ada aktiviti sukan mahupun akademik. Itu antara yang mahu saya lakukan dalam memastikan integrasi kaum di Johor Bahru khususnya dapat terus dipelihara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.