Enam trauma kereta, motosikal dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Enam trauma kereta, motosikal dihempap pokok tumbang

Keadaan sebuah kereta dihempap pokok berhampiran Maybank di Jalan Mahkota, Taman Maluri petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam individu berdepan detik cemas selepas empat kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri dekat sini petang tadi. 

Kejadian berlaku pada pukul 4.18 petang melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal. 

Komander Operasi, Mazuri Mat Zain berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati empat kenderaan yang melalui Jalan Mahkota berhadapan cawangan Maybank Maluri  dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang. 

“Kejadian melibatkan membabitkan enam mangsa termasuk dua warga emas berusia 60 dan 70 tahun. 

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan dan rawatan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua mangsa hanya cedera ringan tetapi mereka  dikatakan mengalami trauma kerana takut dengan kejadian tersebut.

Kata beliau, anggota bomba masih memotong untuk mengalihkan pokok-pokok tersebut bagi membuka laluan yang terhalang. 

Tambah Mazuri, operasi membersihkan pokok tumbang turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya